Sunday, March 27, 2011

Mukaddimah



Mukaddimah
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabaa rakaa tuh,
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta 'alam, Tuhan Yang Maha Agung, Maha Pencipta, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Sidang pembaca yang dihormati sekalian,
Hari ini, 28 Mac 2011, Isnin, jam 1:37pm aku mulai menulis blog mengenai perawatan Islam. Tujuan aku sekadar ingin meluahkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang ada bersama-sama kalian. Moga, jika bermanfaat, ia akan memberi manfaat kepada kita bersama. 

Saudara-saudari budiman,
Kerap kita dengari sekarang kemelut gangguan makhluk halus atau lebih tepat lagi disebut sebagai gangguan JIN melanda masyarakat penganut ISLAM. Selain itu tidak kurang juga, ada di antara kita mengalami gangguan JIN dalam bentuk tuju-tuju, seperti guna-guna, santau, ilmu hitam dan juga SAKA.  Perkara-perkara ini amat kritikal apabila mangsa-mangsa yang terlibat tidak mempunyai pengetahuan langsung tentang gangguan-gangguan itu. Ah, malangnya ummat seISLAMku.

Tapi tak apa, aku akan kongsikan bersama kalian apa-apa yang dianugerahi ALLAH kepadaku. Aku berharap ia akan bermanfaat kepada ummat ISLAM. Dan aku amat berharap aku dapat membimbing ummat ISLAM hari ini untuk membina kekuatan keROHANIan dan keBATINan demi menjaga maruah ISLAM yang mulia.

Sesungguhnya, ISLAM itu TINGGI dan tidak ada agama yang lebih tinggi daripadanya.

Justeru, dalam menangani permasalahan ummat dalam soal gangguan JIN dan SYAITAN/IBLIS, agama ISLAM mempunyai jalannya sendiri.  Di mana jalan-jalan ini perlu dirintis, dilalui dan dialami oleh ummatnya sendiri untuk mengetahuinya.  Jalan-jalan ini sudah tentunya syumul dan meliputi seluruh insan dan seluruh alam maya.  Di situlah kita melihat keUNGGULlan ISLAM dan mengatur kehidupan ummatnya.  Sudah tentu ini adalah perencanaan, TUHAN YANG MAHA PENCIPTA, ALLAH subhanahu wa ta'ala.

Langkah-langkah ini terakru dalam;
1. Al Quran
2. Al Sunnah Rasulullah s.a.w.

Allah s.w.t. mencipta setiap hambanya dengan sistem, peraturan dan kaedah yang paling istimewa tiada tolok bandingnya dengan apa-apapun atau sesiapapun. Sistem, peraturan dan kaedah ini ada yang didedahkan oleh Allah s.w.t. dan ada pula yang menjadi rahsia- Nya (tidak didedahkan kepada hamba-hamba-Nya). Bagi kita ummat Islam, Allah s.w.t mengkhabarkan di antara rahsia-rahsia-Nya melalui Al-Quran dan melalui Rasul-rasul-Nya.

Ertinya: Sesungguhnya (Al Quran) ini adalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhan Semesta Alam


Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mendalami Al Quran dan menekuni sunnah Rasulullah s.a.w. supaya hidup kita sebagai ummat Islam yang bertanggungjawab menjadi lengkap dan sempurna.

Sehubungan itu, apabila roh dan jasad kita dilengkapi dengan iman, ilmu, amal dan pengalaman dalam pengamalan Islam secara syumul maka dengan langsung/otomatik kita akan dilindungi oleh Allah dari segala bentuk ancaman dan gangguan.  Ini termasuklah gangguan daripada MANUSIA, JIN dan SYAITAN/IBLIS.

Persediaan Seorang Muslim ( Mu'min)
Kita sebagai seorang muslim perlu mengimani kewujudan Allah s.w.t dan perkara-perkara sam'iyyaht dengan yakin dan praktikal. Maksudnya, kita wajib mentauhidkan Allah s.w.t. dan mengenalNya secara mendalam. Aspek ini menjadi teras dalam segala aspek kehidupan kita di dunia fana ini.  Justeru, setiap muslim wajib mempelajari, memahami dan menguasai Amalan-amalan Asas Pemantapan Diri seperti;
   - Pemantapan Aqidah
   - Pemantapan Fiqh
   - Pemantapan Al Quran
   - Zikir-zikir kerohanian

Aspek-aspek berkenaan akan menghasilkan aqidah yang kukuh, mantap, rohani (jiwa) yang murni dan sejahtera seta mempunyai kekuatan yang ampuh dalam pergantungan kepada Allah subhanahu wa ta'ala, iaitu keyakinan yang penuh kepada Qada' dan Qadar. Dari sini, ummat Islam yang beriman dan bertaqwa tidak akan ada sebarang perasaan bimbang dan takut terhadap nasib dan rezekinya, sebab pergantungan dan penyerahan dirinya totally kepada Allah 'Azzawajalla.

Mengenal pasti Kriteria Gangguan Kebatinan/Mistik
1)Tanda-tanda Gangguan
2)Cara-cara Gangguan
3)Akibat Gangguan
4)Tuju-tuju, santau, guna-guna, cenuai
5)Saka
6)Huraian Struktur Badan Manusia
   - Jasad (Jasmani)
   - Roh (Rohani)
   - Batin (Qarin/?)
7)Amalan Khusus Pelindung Diri
8)Amalan Perawatan Terhadap Mangsa Sakit Mistik
  - guna-guna
  - santau
  - saka
  - tuju-tuju

1)Tanda-tanda Gangguan
Individu yang mengalami gangguan kebatinan biasanya akan dimulai dengan rasa kepeningan dan sakit-sakit/berdenyut-denyut sekali-sekala di bahagian belakang kepala (spinal dontal dan serebelum). Ini diikuti dengan rasa berpinar kadang-kala pada mata. Rentetan itu akan berlaku sedikit kekeliruan dalam berfikir dan membuat keputusan dalam bertindak.

Dada pula mulai berdebar-debar. Perasaan jadi tidak keruan. Akan ada semacam kebimbangan terhadap sesuatu yang tidak pasti....

2) Cara-cara Gangguan 
Gangguan berlaku dengan pelbagai cara. Ini bergantung kepada kelemahan individu berkenaan. Kelemahan yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek kepercayaan, keyakinan dan juga kesihatan.

3)Akibat Gangguan
Kesan gangguan yang dialami oleh pesakit boleh dilihat daripada beberapa aspek;
i) Tingkah laku akan berlainan daripada biasa - mungkin murung, pemarah, bengis, mudah merajuk, suka termenung, mengamuk tanpa sebab yang munasabah, 
ii) Percakapan TIDAK FOKUS - mudah teralih topik perbualan, malah kadang-kadang teramat mudah lupa. Ada kalanya merapu dan tidak diketahui butir bicara percakapannya. Melalut dan suka menggunakan kata-kata lucah dan kesat serta kotor. Mengulang-ulang perkara yang sama. Suka mencaci maki seseorang yang dibenci atau kekadang ditujukan kepada seseorang yang tidak berkenaan.
iii) Pandangan mata sentiasa dilarikan daripada bertentangan dengan mata orang yang bercakap dengannya. Terutamanya apabila bertentangan dengan orang-orang yang warak, ahli ibadat, ahli al Quran dan orang-orang yang istiqamah dalam beramal soleh dan mengabdikan diri kepada Allah. Sentiasa tunduk dan menyembunyikan mata. Biasanya cahaya matanya pudar dan tenggelam seolah-olah tiada biji mata.
iv)Mukanya tidak bercahaya, nampak kesat, serabut dan menyampah seperti warna tanah liat kelabu.
v)Pemikirannya sentiasa serabut - tidak tahu apa yang difikirkan.
vi)Tidak lena tidur.
vii) Sakit bahagian belakang tengkuk.
viii)Sakit tulang belakang.
ix)Sakit dan ngilu di bahagian bawah tulang kipas (belakang).
x)Sakit dan panas bahagian kedua-dua belah pinggang.
xi)Terasa panas membahang pada bahagian belakang.
xii)Panas meruap di dalam dada.
xiii)Terasa ada sesuatu menyengkang di halkum/trakea/saluran ke perut seolah-olah dicekik sehingga terasa tidak boleh menelan walaupun meneguk air.
xiv)Sentiasa rasa meremang bulu roma.
xv)Terasa cekang di ubun-ubun (serebrum).
xvi)Ada sesuatu memegang, mencengkam, meregang labu betis.
xvii)Tumit terasa menyucuk seperti dicucuk jarum atau ditusuk duri.
xviii)Tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
xix)Berlaku penampakan entiti/hantu/gondoruwo/jin yang berada di sekitar pesakit atau pada orang-orang lain yang berada di samping atau di sekitar.
xx)Terasa takut yang tidak menentu.
xxi) Sakit yang berpanjangan tidak dapat dikesan oleh perubatan moden/ hospital.
xxii) Mudah bersangka buruk kepada pasangan (rumahtangga).
xxiii) Suka mempertikaikan keputusan atau kerjabuat oranglain dengan terburu nafsu tanpa ada pertimbangan akal yang waras.
xxiv) Berubah sikap dan kelakuan dengan tiba-tiba sama ada kepada buruk dan agresif ataupun baik yang dibuat-buat.

4)Tuju-tuju, santau, guna-guna, cenuai
Tuju-tuju, santau, guna-guna dan cenuai adalah suatu usaha pihak tertentu sama ada secara individu atau berkumpulan untuk tujuan tertentu (jahat) dengan menggunakan bahan-bahan tertentu dari aktiviti khurafat, tahyul dan sesat dari ajaran Islam. 

[AWAS! Jangan sesekali tertipu dan terpengaruh dengan momokan pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan diri terutamanya dari aspek material, mengatakan bahawa cenuai tidak terlibat dengan jin dan ilmu hitam  - sebab, sebenarnya cenuai itu dihidupkan dan dipuja dengan jin-jin kafir, walaupun didakwa kononnya dibacakan ayat-ayat al Quran dan selawat - Allahu a'lam ]

5) Saka
Saka merupakan JIN yang dimiliki dengan sebarang perjanjian oleh seseorang berasaskan syarat-syarat yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak dengan tujuan tertentu bermatlamatkan keduniaan semata-mata.

Jin yang dimaksudkan adalah ambilan/kehadiran yang diperoleh oleh seseorang daripada guru-gurunya, atau nenek moyangnya atau melalui mimpi atau warisan yang tidak diwariskan.

6) Struktur Badan Manusia
Membicarakan persoalan gangguan dan rasukan jin terhadap manusia, perkara itu berlaku merujuk kepada struktur badan mereka. Iaitu; jasad, roh dan batin.

Jasad merupakan struktur kasar seseorang manusia. Seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran, jasad nabi Adam a.s berasal dari tanah yang diambil dari bumi.

Ertinya: Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain


Perlu ditegaskan di sini bahawa hanya jasad nabi Adam a.s. sahaja yang berasal dari tanah, sedangkan manusia lain tidak begitu. Jasad-jasad anak cucu nabi Adam a.s. diciptakan pula dari gabungan air mani lelaki (ayah) dan perempuan (ibu).

Roh adalah satu dari unsur kewujudan dalam diri manusia. Bagaimanapun persoalan roh amat terhad perbincangannya kerana ia adalah urusan Allah swt. sepertimana firman-Nya di dalam surah al-Isra';

17:85

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Batin pula wujud dalam kehidupan insani melalui gabungan pengaruh Qarin dengan unsur-unsur amalan yang berteraskan/bersebab kepada keduniaan semata-mata. Dari sini lahirnya kebatinan dalam diri seseorang anak Adam di mana kadangkalanya ia boleh menguasai diri dan mengubah perlakuan seseorang, terutamanya ke arah kesyirikan dan kekufuran kepada Allah swt.

7) Amalan Khusus Pelindung Diri
Sebagai persediaan asas, seseorang muslim hendaklah teguh beriman kepada Allah dan Rasul. Kita wajib mempelajari, memahami dan mengamalkan ilmu TAUHID sebagai jalan mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya.

Amalan khusus pelindung diri dari gangguan jin, iblis dan syaitan;
<1> Bacalah setiap hari surah-surah berikut, terutamanya pada waktu pagi dan petang atau sewaktu mahu tidur (malam):
Al Fatihah
Ayatul Kursiy
Al Kaafiruun
Al Ikhlas
Al Falaq
An Naass


<2> Ayat-ayat munjiat - adalah ayat-ayat yang diamalkan khusus sebagai pelindung diri. Diamalkan sepanjang masa dengan memusatkan perhatian dan permohonan kita kepada Allah swt semata-mata.


At-Taubah(:5)
9:5

Yunus (:107)
10:107
Hud (:6)
11:6

Hud (:56)
11:56

Al-Ankabut (:60)
29:60

Fathir (:2)
35:2
Zummar (:38)
39:38



<4> Ayat-ayat Penyembuh - diamalkan untuk memulih dan menyembuhkan rohani dan batin kita yang terganggu oleh saka, amalan sesat atau hantaran-hantaran seperti tuju-tuju, guna-guna, santau, cenuai, abu mayat, besi batt, lemak babi + minyak dagu dan seumpamanya.

At Taubah (:14)
9:14

Yunus (:57)
10:57

An Nahl (:59)
16:59

An Nahl (:78)
16:78
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

MAKLUMAN !!
Sebarang sumbangan wang hendaklah disalurkan ke akaun Maybank berikut:


Image result for maybank

 ROHADI BIN HUSSAIN
 No. Akaun : 
153056225180



Jika anda ada sebarang pertanyaan sila klik page FORUM untuk ke laman forum bagi mengajukan sebarang cadangan atau soalan. Penyertaan anda amat dihargai - blogger.